Milik siapa hati ini....(part 4)


Iman masih memikirkan lagi tentang tawaran Thakif…tiap kali mengingat nya…akan membuatkan hatinya meruntun hiba. Mungkin kerana cinta pertama nya yang dulu telah ditentang keluarga, dan menyebabkan cinta nya tidak kesampaian telah menutup hatinya pada cinta yang baru.
“Putuskan hubungan kau dengan Danial…!!”
“Tapi abah…..”
“takde tapi-tapi lagi…kamu masih muda..panjang lagi perjalanan kamu, belajar entah ke mana..nak bercinta saja lebih..!!kamu tahu..dengan cinta saja tidak cukup andai diri tiada ilmu..kamu ingat dengan cinta boleh buat kamu kenyang..??boleh buatkan kamu sebuah rumah tangga yang bahagia…abah tak setuju dengan idea kamu yang nak berkahwin dengan lelaki itu..!!!kamu sedar tak  apa yang kamu minta sekarang ni sudah melampau…!!!baru saja habis sekolah sudah nak menggatal kahwin…!!masak pun tak pernah abah tengaok..!!keputusan abah muktamad..!!putuskan hubungan dengan Danial..!!”
Kata-kata ayahnya sampai sekarang masih diingatinya. Dia sedar yang dia memang sudah membuta tuli dengan keputusan nya untuk berkahwin sesudah SPM. Ibu bapa mana yang akan setuju andai anak yang di bela nya dari kecil ingin berkahwin selepas sekolah, jika masih ada peluang untuk anaknya belajar hingga ke menara gading. Disebabkan itula, Qistina mengambil keputusan agar tidak melibatkan dirinya dalam soal cinta. Mungkin pada orang lain cinta pertamanya itu adalah cinta monyet, tapi baginya, hanya dia sahaja yang tahu betapa dalam cinta nya pada Danial Naufal.
Selepas mereka memutuskan perhubungan cinta mereka, mereka masih lagi berhubung melalui SMS dan telefon, kadangkala Danial agak cemburu juga dengan Qistina andai dia ber SMS dengan kawan lelaki nya, walaupun kawan nya itu satu sekolah juga dengan mereka. Begitulah hubungan mereka walaupun sudah putus, namun dalam hati masih lagi mekar dengan cinta yang mendalam.
Suatu hari Qistina mendapat tahu satu cerita, bahawa Danial sudah pun menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis yang sangat dikenali nya. Ya..kawan baik nya sendiri..Auni Farhah..!!kawan yang merangkap geng nya sewaktu di sekolah menengah dahulu. Kawan yang selalu menjadi pendengar nya apabila dia menghadapi masalah bersama Danial, kawan yang dahulu nya akan bersama berkongsi cerita cinta antara satu sama lain,dan kawan yang akan selalu bersamanya untuk mengulangkaji pelajaran terutama subjek matematik yang memang menjadi minat mereka berdua. Tapi..mengapa dia merampas Danial dari aku..??kenapa dia sanggup lakukan semua ini pada aku..??apa salah aku padanya..?? oh Tuhan..dugaan apakah ini…??
Hati Qistina memang sayu apabila mengingat semua kenangan-kenangan itu. Semenjak mendapat tahu yang Danial dan Auni sudah menjalinkan hubungan, airmatanya setiap kali akan mengalir laju, sememangnya dia tidak menyangka yang Danial dan Auni akan buat begini padanya, orang yang disaynagi telah menghancur luluhkan hati nya.
Tut..tut…mesej di handphone nya berbunyi, terus mematikan lamunan nya yang jauh entah kemana.
“Iman…aku minta maaf andai permintaan aku kelmarin telah membuatkan kau tak selesa bersama aku.takpela Iman..kau fikirlah dulu..aku akan bagi kau masa untuk menerima kehadiran aku..tapi satu je aku minta…tolonglah beri aku peluang sekali..untuk membahagiakan hari-hari kau..dengan cinta aku yang tulus ini…”
Airmata Iman mengalir lagi setelah membaca mesej tersebut…..

                                                                                                                                   Tamat bahagian 4…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

“Un-break my heart
Say you’ll love me again
Un-do this hurt you caused
When you walked out the door
And walked outta my life…”

..tiba-tiba handphone Qistina berbunyi. Lagu unbreak my heart memang meruntun perasaan. Nasib pemanggil memang sangat bertuah kerana dia baru sahaja mengerjakan solat zohor, dan kebetulan kelas pada petang itu batal..
“ya…helo…kau ni orang semalam yang call aku kan???..”
“err……ha’ah..aku la yang call kau semalam…err…kau sihat…??” tergagap-gagap lelaki itu berkata, mungkin takut disergah Qistina lagi.
“sihhhhaaaaaatttt la…..em..kalo aku xcht ak xangkat call kau ni….”peril Qistina…
“err…ha’ah kan..hehehe…..”
“apahal kau call aku ni???kau ni sape sebenarnye…???ape yang kau nak dari aku ni ha….??mane kau dapat nombor aku nie….???cne plak kau ley knal name aku???” Bagaikan peluru soalan yang keluar dari mulut Qistina itu. Lelaki tadi agak pening dengan soalan nya, yang mana satu die perlu jawab dulu.agak lama dia terdiam untuk mencari jawapan.
“errrrr……”
“ishhhh kau ni…esyik errr…errr saje…kau ni gagap ker hah…???” sergah Qistina
“yela..yela..aku nak jawab la ni…sabar la..kau ni…tanye aku da macam polis pencen…sabar la…ok..name aku Thakif, ingat tak…??kte pernah satu sekolah dulu..tapi aku rase kau xberapa kenal aku…yelah aku ni dulu pendiam sikit, xberapa ckap dgn perempuan…malu kot…hehehe..aku saje la call kau nie…” jawab Thakif jujur, cube mencari idea untuk terus berbual dengan Qistina.
“owhhhh….kenal kot…” Qistina cuba meningat nama itu. Setahu nya nama Thakif ni ade tiga orang dulu disekolah nya….yang mana satu dia cube untuk mengingat kembali.
Thakif Akhtar, nama yang tidak asing lagi di sekolah mereka. Thakif seorang pengawas dan merangkap pengawas di biro disiplin. Memang cukup garang dan sanagt tegas, pantang ada pelajar yang kantoi dengan nya pasti akan mendapat habuan yang setimpal dengan salah yang dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Sangat digeruni oley pelajar-pelajar baru atau junior nya. Tapi dia sangat baik sebenarnya, Cuma dari luaran sahaja yang agak garang dan tegas. Tapi apabila berhadapan dengan perempuan, memang tersangat lah pemalu orang nya.
Sejak dari perbualan hari itu, mereka kerap juga berhubung melalui SMS atau MMS. Kadangkala melalui webcam. Pada suatu hari Thakif mengajak Qistina untuk berjumpa buat kali pertama. Katanya dia akan turun ke Perlis untuk berjumpa dengan Qistina. Qistina agak terkejut, kerana setahu nya, Thakif berasal dari Melaka. Sungguh jauh kalau ingin datang ke sini. Qistina membuat keputusan untuk berjumpa di Perak sahaja, kerana kebetulan dia akan pulang ke Perak pada hujung minggu ini. Hati Thakif berbunga gembira, dan bagi nya, tidak sabar untuk bertemu Qistina buat pertama kali selepas perpisahan di sekolah menengah.

Pada hari sabtu, bertarikh 20 Julai 2007, mereka berjumpa untuk pertama kali di sebuah pasaraya yang terletak di tengah-tengah pecan Ipoh, masing-masing agak malu untuk memulakan bicara. Mungkin kerana ini baru pertama kali mereka berjumpa dan bercakap melalui empat mata.
“kau sihat iman…?” soal Thakif untuk menghilangkan debar di hati nya.
“ermmm…aku sihat…” jawab Qistina malu….hilang segala sifat nya yang agak keras. Berjumpa Thakif, membuatkan hati nya cair seperti ais batu yang terkena matahari. Aduhhhh malu berbisik did a hati.
Mereka mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dahulu, tanpa disedari tangan Qistina di genggam oleh seseorang…hati nya tiba-tiba berdegup kencang, tidak berani untuk memandang muka Thakif, kerana dia tahu tangan nya digenggam oleh Thakif. Ya..tangannya digenggam oleh Thakif Akhtar…!!!
Setelah penat berjalan, Thakif mengajak Qistina untuk makan, dalam hati nya memang setuju sangat, kerana kaki nya sudah melecet kerana memakai kasut yang agak tinggi semata-mata nak berjumpa Thakif, itupun kasut yang dipakai nya dipinjam dari Farisha, kalau nak harap kan dia, entahla..memang sepasang kasut tumit pon dia tidak ada.
Sedang menunggu makanan yang di order sampai, Thakif tiba-tiba serius, sambil menggenggam jari jemari Qistina.
“Iman….aku ada sesuatu yang nak aku bagitahu pada kau…”
“ape die…cakap la…kau ni buat aku suspen je la…”
“aku cintakan kau…dan aku nak hubungan kita lebih dari sekadar kawan..”.. terbuntang mata Qistina apabila mendengar pengakuan Thakif. Dia memang benar-benar terkesima. Dia memang tidak percaya dengan apa yang sedang di dengar nya sekarang ini.
“aku…aku…xberani nak jawab apa2….” Balas Qistina lalu melepaskan jari nya dari genggaman Thakif.
“kenapa Iman…??”
“aku takut nak bercinta..aku xsedia lagi nak menerima kehadiran seorang lelaki dlm hidup aku….”
“sebab Danial kan….???”
“mane kau tahu sebab dia…?”
“Iman…..sebelum aku cari kau, aku dah jumpe Danial dulu…banyak benda yang dia da cerita pada aku. Tentang cinta korang, hubungan yang tak kesampaian yang ditentang family..semuanya aku tahu Iman…aku tahu Danial cinta pertama kau..tapi bagilah aku peluang dalam hati kau untuk mengganti kan die.aku betul-betul sayang kan kau Iman…percayalah cakap aku…”
“errr….errr….aku..aku….”
                                                                                                                                                                 Tamat bahagian 3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments