novel kerana terpaksa aku relakan

assalamualaikum....

pagi2 ni nk share cket satu cerite adaptasi daripada novel 'kerana terpaksa aku relakan'dari penulis novel umie nadzimah..(hehe xpnah bace pon karya beliau)....actually..novel ni ak belum le lagi bace...tp cerite nye da kluar da kat tv3 slot akasia..selalu nye slot akasia ni mmg best2 belake kan...sblm ni aku isterinya..aishhh mmg xpnah mis la cite ni..ok2..blik pada cite yg pnjag tajuk nye ni..ak mmg minat sgt si izreen ni blakon tau..ape shaja watak yg die bawak mmg ak minat...die n nabila huda..mmg meletopsss gitu klau dorg dua ni blakon skali tau... (aucchhh gedik plak aku ni) ...haha..bawah ni sinopsis buku ni..

sinopsis....
Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


ni le novel nye..dapatkan dipasaran anda sekarang juge.. 
(tolog promote)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment