kerja kawen...

assalamualaikum....

hai..slamt pg sume...acecece..pg ape da nk tghr pon ni...arini aku nk share la cket psal keje kawen ak ni...tggal lg 64hr saje lg ak bakal diijabkabulkan dgn seorg lelaki yg bakal mnjdi suami..(mmg la laki xkan pompuan kot)  haha...adeiii tp bnyak sgt lg yg aku rase xsetel ke telepas pndag ke kan...

ak ni kdg2 npk cm terurus cz da snaraikan sume bnde..kdg tu beterabur..aishhh payah kn nk wt bnde yg sius cni..selagi belum setel la..sume bnde npk cm kelam kabot je..tp bg aku la..keje kawen ni sptt nye kne la proper gitu..kne ade checklist gitu..so ak decide ak survey kt en google n jge tye mbe2 yg da kwen ape yg ptt utk mnjadikan mjlis aku ni berjalan dgn lancar..insyaAllah...

xnak merapu panjang...ak nk cite sebe cket psal persediaan aku spnjag bbrpe bln ni...entry ni pnjg la cket..nti ak rajin aku akn wat summary die eh..ni ak nak cite je dulu... :)

1. ape2hal ak p order dlu katering...bukan ape weh..cateing ni la bnde PENTING yg kene amk kira...sbb nye org catering ni mmg akn pnuh schedulenye smpai ujung taun..time ak p blan 4 artu pon die kate bulan 12 da full da..sek bek family aku ni ade kne mgena cket ngn die...so dapt la selit2 tarikh aku ni.hehehe klau x naye kome..nk crik catering len..

2. next plak aku p tmpah bridal plak...kt cni la kne wat byak survey...ak p smpai 4-5 butik (nti aku bgtau butik die eh kt entry len)..tambah plak tema blah aku ni nk pakai songket...wowowowow songket kot...aku mmg dari sekolah dlu mmg cite2 nak pkai songket tau (npk x gatai nye..hehe)..sbb mmg npk kemas+klasik+cantik+sopan..kuikuikui....xdela...tp songket mmg jd plhan aku da lme..n mak plak mmg sokong sangat2...tp yg xsependaptnye ngn mak aku adalah bab kaler..mak aku ni mmg tersgt la suke nye hijau..nak2 plak tema abg aku kawen artu pon hijau..ni aku plak nk hijau..ikut kan jela ye mak..hehe biar die suke..ak xksh pon..cz blah laki bley plh len kaler kan...

so aku decide amk hijau zamrud..disbb kan xbyak choice kt butik2 yg ade songket lame tau....tmbahan plak mak mmg xnk yg jnis songket2 moden ni..die nak pure pye songket jnis lame2 dlu..yg baju kebaye je..simple n kemas katenye..aku skali lg ikutkan jge kate nye..xpela..demi mak ape shja...die yg nak tgok anak die kawen kan..ape slah nye die yg decide kan..xgitu..

 ini la rupenye lebey kurag kaler n design nye..simple je kan
(sumber pakcik google)

ape yang pasti bab2 bridal ni kene plh yg byak profit pd kite la yang pasti kan...last2 pusing pye pusing aku wt kptsan amk yg kt area umh ak je..butik sme tmpat ak tunang aritu je...tambah plak kt ctu mmg ok la servis die..nti ak cite bab bridal in detail eh kt entry len...

setakat ini...ini je yg ak nk share,kite tggu entry len plak eh.. :)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

novel kerana terpaksa aku relakan

assalamualaikum....

pagi2 ni nk share cket satu cerite adaptasi daripada novel 'kerana terpaksa aku relakan'dari penulis novel umie nadzimah..(hehe xpnah bace pon karya beliau)....actually..novel ni ak belum le lagi bace...tp cerite nye da kluar da kat tv3 slot akasia..selalu nye slot akasia ni mmg best2 belake kan...sblm ni aku isterinya..aishhh mmg xpnah mis la cite ni..ok2..blik pada cite yg pnjag tajuk nye ni..ak mmg minat sgt si izreen ni blakon tau..ape shaja watak yg die bawak mmg ak minat...die n nabila huda..mmg meletopsss gitu klau dorg dua ni blakon skali tau... (aucchhh gedik plak aku ni) ...haha..bawah ni sinopsis buku ni..

sinopsis....
Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


ni le novel nye..dapatkan dipasaran anda sekarang juge.. 
(tolog promote)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

assalamualaikum.... arini 26hb mei 2014 bersamaan 27 Rejab..sesape yang puasa arini alhamdulillah..moga diberkati puasa kalian insyaAllah..arini ak nk share cket tentag isra' dan mikraj.... jom kite bace supaya dgan bertambah ilmu kita...


   

Kronologi Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.  dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..                                  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

milik siapa hati ini..part 11

Sejak pertemuan mereka yang lepas, mereka sering keali bertengkar atas perkara-perkara yang remeh. Kadang kala penat dibuat Thakif dengan perngai keanak-anakan Qistina, yang setiap kali merajuk akan ditutup handphone nya agar dia tidak boleh dihubungi langsung. Kadang kala Thakif merasakan apa lah kesalahan yang telah dilakukan olehnya sampai begini sekali Qistina lakukan terhadap dirinya. Namun Thakif tetap matang untuk menilai dan terus bersabar dengan perangai kekasihnya yang makin hari makin menjadi-jadi perangai nya.
Pada Thakif, Qistina sering mencari salahnya sewaktu dia sedang bekerja, seolah-olah Qistina langsung tidak memahami tugasnya sebagai seorang anggota tentera yang bekerja tidak tentu masa, tiap kali bergaduh soal inilah yang sering Qistina ungkitkan, tiada masa untuknya. Ahhh kadang kala Thakif terlalu penat untuk melayan karenah Qistina. Akhirnya dia hanya akan berdiam diri dan buat-buat tidak dengar sahaja apabila dimarahi Qistina. Kadangkala hatinya juga perlukan perhatian Qistina, agar dia cuba menerima pekerjaannya yang satu ini. Thakif sedar pekerjaan sebagai seorang tentera ini memang ditentang keras oleh Qistina dan juga keluarga Qistina. Inipun setelah Qistina bercerita kepada ibunya tentang pekerjaan Thakif. Baginya, dia akan cuba apa yang termampu untuk menarik perhatian keluarga Qistina suatu hari nanti.
Hari ini genap tiga tahun mereka berkenalan, dan hari-hari berlalu adakalanya indah, dan adakalanya bagaikan mendung yang berlalu dan akan kembali cerah. Dalam sifat keanakan Qistina, jauh disudut hatinya perasaan sayang nya pada Thakif makin membuak-buak, setiap hari kata-kata dan madah cinta akan diberikan kepada Thakif sebagai bekalan sehari-hari. Qistina mula bertolak ansur dengan pekerjaan Thakif, dia mula menerima seadanya pekerjaan Thakif itu, dia mula untuk menghargai Thakif seadanya, biarlah dia mengalah dalam hal ini, mungkin dah terlalu lama Thakif memendam perasaan, dia mula untuk belajar mencintai,menghargai dan bertolak ansur pada Thakif. Baginya sekarang dunia nya hanyalah Thakif, Thakifla matahari yang menyinar setiap pagi dalam diriny, Thakif la bulan baginya kala gelap gelita, Thakif lah semangat, segalanya berpaksi kan Thakif. Tapi kadangkala Thakif tidak menyedarinya, mungkin kerana sifatnya yang kasar dan selalu bersuara lantang apabila berkata-kata dengan Thakif. Dia sanagt mencintai Thakif, namun jarak sering menjadi halangan mereka.


                                                                                                                Tamat bahagian 11…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

milik siapa hati ini...part 10

“Kau jaga diri ye selama 6 bulan pemergian aku ke kem latihan nanti”… mereka sempat berjumpa untuk terakhir kali sebelum Thakif ke kem untuk menjalani latihan sebagai seorang askar. Enam bulan yang terpaksa dilalui oleh Qistina seumpama enam tahun pemergian Thakif. Tanpa SMS, telefon,surat..dan apa2 talian komunikasi yang tidak memungkinkan mereka untuk berbicara melepaskan kerinduan.
Selama enam bulan inilah, telah mengajar perasaan Qistina untuk rindu,cinta kan Thakif. Setiap hari yang berlalu pasti ada satu memo kecil yang akan ditulisnya untuk Thakif apabila tamat latihan nanti. Sebuah diari yang menceritakan saat2 penantian nya untuk Thakif, dan bermacam2 lagi perkara yang di lakukan untuk diberi pada Thakif, untuk membuktikan cinta nya pada Thakif telah bertunas selama ini tanpa disedari. Memang betul kata orang, bila didepan mata x dhihargai, bila tiada baru tercari-cari. Inilah yang diibaratkan pada Qistina, dia sedar selama ini dialah yang terlalu ego, tidak langsung mahu mengalah dengan Thakif, semua yang dia buat adalah betul. Bersifat keanak-anakan.
Tiap kali rindu Qistina akan membaca surat2 yang diberikan oleh Thakif sebelum pemergian nya. Tiap kali dia baca, akan gugurlah airmata yang menjadi pendamai nya ketika ini. Baginya, Thakif adalah segala-galanya waktu ini, dan dia berjanji akan member sepenuh perhatian pada Thakif selepas Thakif pulang dari latihan.
Selepas enam bulan penantian nya berakhirnya, dia tidak sabar berjumpa Thakif. Thakif makin kurus, mungkin terlalu tertekan dengan latihan, dan bila Thakif bertemu Qistina, keadaan nya x seperti dulu, Qistina makin berisi..Thakif sangat terkejut dengan penampilan Qistina yang seratus peratus berubah. Tak seperti dulu, langsing dan menawan di matanya, tapi tidak kali ini. Ahhh perasaan aku je ni…hatinya berkata dan dia menolak jauh pandangan bruuk itu, lalu dia mendapatkan semula kekasih hati nya yang selepas enam bulan ditinggalkan. Qistina mendapatkan Thakif dan mencium tangan Thakif sambil ditemani air jernih di mata,tanda terharu bercampur gembira, ya dia sangat merindui kekasihnya yang satu ini, ingin sahaja dia menangis melihat keadaan Thakif yang makin susut dan cengkung. Ya Allah…beratnya dugaanMu padanya, kau murahkan rezki nya dan berkatilah usahanya demi keluarga yang disayayangi….
“Akif…kau rindu aku tak selama kau di kem..?”
“mestilah aku rindukan kau….kenapa kau Tanya lagi soalan yang kau dah tahu…?”
“alaaaa……aku sengaja nak dengar dari mulut kau tu…”
“ehh…kenapa kau makin sihat..??selalunya kalau rindu mesti tak lalu makan..aku tengok kau makin sihat je…kau ada lelaki lain yer..??”
“isshhh kau ni….kesitu pulak….aku setia dengan kau….ermmm aku tahu aku da gemok sekarang ni…aku tak tau kenapa,naik dengan mendadak sangat…aku minta maaf..”
“dah la Im,lupakan saja…aku harap benda ni takkan lama dan berpanjangan…aku tak mahu bakal isteri aku ni gemuk…nanti aku fikirkan caranya”
“ermmm….”
Tersentap hati Qistina apabila Thakif berkata sedemikian, mengapa sekarang isu ini harus diperbesarkan, adakah orang yang berbadan besar tak boleh bercinta? Tak boleh nak bahagia? Ya Allah…salahkah aku kalau aku gemuk…???

                                                                                                                                Tamat bahagian 10


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

assalamualaikum....

salam jumaat...hari ni penuh dengan rasa yang berbaur-baur..xtau lah knape kan...tp kan arini ak nk cerita la cket pasal pertunangan aku pada 11/08/2013 yang lalu..

tunang...??ape maksud tunag...?nthla..kadang-kadang terfikir..betul ke tindakan yang aku ambil ni...huhuhu..tp last ak nekad juga untuk memberi jawapan utk hubgan ak dan die yang da makn tahun hmpir 4 tahun ni...

plan pye plan..kitorg tunag ni simple je...xde beria sgt..beli barang pon yang murah-murah je pon..xdela yang branded2 sgt..almaklumlah...gaji aku ni bkan lah banyak sgt pon..so ikot kemampuan je la..

lagipon ak n die bahagi kan ape barang yang kami ptt beli..lg mudah kan..so xdela sorg ni ungkit beli ape, yang sorag tu plak ungkit beli ape kan...hehe

gubahan aku plak simple je..yela da org tgan jenis xkretip..apekan daya...buat jela..wlwpon simple..tp ak agak puas ati la juge...ok la...xnk ckp pnjag..ak nk showoff cket ape yang ak gubahkan artu..simple but nice..ececececehhhh malu plak... ^_^

~~~bunga rampai~~~

~~~baju melayu & songkok~~~

~~~sejadah & kain pelekat~~~

~~~belt & purse~~~

~~~jam~~~

~~~towel~~~

~~~al-Quran~~~

~~~coklat~~~

~~~buah-buahan~~~

~~~bahulu~~~

~~~perfume~~~

~~~kasut~~~

~~~pulut kuning~~~

summary nye...huhu

aku la plak nk interprem..ngeee~~

pelamin simple je...




ni hntaran dr belah laki...

k tu je nk share kali ni...byeeee....~~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

milik siapa hati ini..part9



Sudah hampir dua tahun hubungan mereka. Meskipun ada sedikit keraguan tentang cinta Qistina pada Thakif, namun ditepis nya jauh2.  Satu hari Thakif membuat keputusan untuk membawa Qistina pulang ke rumahnya di Melaka, untuk diperkenalkan pada keluarganya.
Qistina menerima pelawaan itu dengan hati yang terbuka. Baginya inilah pertama kali dia bertemu dengan keluarga Thakif, wlaupun cintanya masih diragui, namun dia cuba untuk belajar menerima Thakif dalam hidup nya.
Pertama kali dating ke Melaka menemui keluarga Thakif memang seronok. Kerana ibu nya sangat2 peramah dan baik hati. Qistina memg sangat selesa dengan keadaan ini. Baginya ini lah penglaman pertama dlam hidup nya bila berjumpa dengan bakal mertua..
Selain dari itu, Qistina juga sempat berjumpa dengan makcik2 dan nenek Thakif. Semuanya dapt menerima Qistina. Dan ini meyakinkan lagi Thakif untuk mendirikan rumah tangga dengan Qistina selepas Qistina tamat pelajarannya lagi setahun.
Sayang dan cinta untuk Qistina bagaikan laut yang tidak bertepi. Tiap kali dia akan mengubah puisi buat insane yang paling disayanginya. Dia tak mahu kehilangan Qistina walau sesaat pun dalam hidup nya. Baginya Qistina adalah sinar dalam hidupnya, yang menerangi kegelapan hari2 nya.
Qistina lah pembakar semangat nya untuk terus berusaha yang terbaik demi masa mereka. Dan takdir pun sudah menulis yang dia juga akan membuat satu keputusan yang tidak Qistina jangkakan..
“im..aku dapat tawaran jadi askar..” keputusan yang Thakif ambil sangat2 mengejutkan Qistina, dia tidak percaya dengan apa yang di dengari nya.
“apa….???”
“ye im..aku penah pergi interview untuk masok askar tanpa pengetahuan kau selama ni. Aku mintak maaf im..ini semua untuk mase depan keluarga aku..aku terpaksa ambil peluang nie..aku xda pendidikan tinggi macam kau.aku xtau kerja lain yang boleh bagi jaminan pada aku..aku terpaksa im..untuk bantu ibu dan adik2 aku..aku mintak maaf mengecewakan kau…”
Tersedu-sedu Qistina bila mendengar apa yang diucapkan oleh Thakif. Dia sangat tidak menyangka yang Thakif tidak mempedulikan perasaan nya. Thakif menolak tepi keinginannya. Mengapa jalan ini yang Thakif pilih…?? Qistina terpunduk sedih.
“aku mintak maaf im….aku sayangkan kau..” rintih Thakif


                                                                                                                                  Tamat bahagian 9 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

azam taun baru...

assalamualikum...

lame nye draft ni ak simpan..xde idea la tu..semedang xde idea kn...xpe2..bnde bley setel okey la...ok la...da nk abis pon kn blan feb ni...tp ak rase nk jgak cite pasal azam...

azam..azam..azam...bkn azam ank pkcik din tu..no..no..no...tp ni azam yang slalu kite dok buat dr kite kcik dlu..yg cikgu dok tye la tiap awal tahun...dlu2..klo tye pasal azam msti jwab..nk berjaya dlm hdup..nk lulus exam spm..nk jd ank yg baik pada mak abah...nk jd baik la...nk berubah la..n bla..bla..bla...

tp makin da mengkat dewasa ni...azam kite mula la berubah cket..bak kte org,makin matang gtu..hehehe..pada ak azam ni ikut jgak..kdg2 kite reka azam konon nk same ngn org len yg konon nye berjaya smpaikan jgak azam die taun tersebut...kdg tu kite wt azam nk npk kn yg kite ni pon ade xdela kolot sgt kn smpai xde azam...n etc pye niat la azam tu..

pd aku..azam ak snag je...biar simple...jgn nk complicated sgt..yela bkn ape..kdag azam beria-ria..payah plak nk capai kan..mcm taun 2013..azam ak ade 3...ape die tu..???jeng..jeng..jeng...

1. nk beli kereta
2. nk tunang
3. nk tukar keje lain

ok..azam yg no 1 & 2 da berjaya...hoyeeeeaahhhh....cume no 3 tu...aduhai...susah la...bkn xusaha tau uolls...tp..nth la..nk kte xde sijil..alhamdulillah..ade je..mgkn la xbgus sgt kn..tp ok la jgak..ckup makan..da tahap iq ak ni xbrape nk bgus mcm org len..nk wt cne...xpela...usaha la utk tahun 2014...

ok2...2014 plak..da azam yg nk tukar keje xdpt..kte c/f la tuan ni kan...da la jd 2 plak azam ak taun ni...ingt kan nk satu je...ape lg kawen la...so..scra short cut nye azam utk 2014 ni..

1. nak tukar keje
2. nak kawen la ape lg...

okay..yg no 2 npk sgt mcm gedik nye mlampau..hehe xpe la..nk wt cne pon..umur da 26 pon..da tua da...klo mbe ak yg len da kwen n ade ank da pon...ak ni bru nk berangkak tukar alam lain..hehe terkial-kial kn..xpela..da jodoh Allah ttp kan...nk wt cne..redha...ade hkmah tu...

dah la uolls...ni jela entry pasal azam...moga Allah permudahkan jalan untuk aku capai 2 azam di atas..amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

comeback

assalamualaikum....

lamenye rase xmenulis kt blog ni ade dlm 2 taun kot...da besawang dah ni haish...hehehe...kadang bkan ape...keinginan nak menaip tu mmg la ade..idea pon kekadag ade kan..tp tula...nak bkk lappy tu kdg mlas bnor pon...nk masok pic la bgai...sume la mlas pendek kate nye..tu yang xnulis tu... (baget ade org nk bce n tggu,tp ade kesah..blog ni pon saje suke2 ak nk tulis) 

banyak sgt nk cite...tp xtau dr mane...wlpon xde org nk bace bloig ak..tp ak xamik port pon bnde ni..asal ak rase ak nk  share kt blog ak..untuk mase akn dtg..kot la ank cucu cicik ak nk bce kn..hehe ataupon ak ke yg nk bce..mne la tau ak ilang ingatan ke mc dlm drama melayu tu..atleast ade sumthing pasal ak dlm ni..

lpas abis stdy dr uitm taun 01/2012 ak keje di ipoh..kt acctg firm..boley la keje ctu..xdela bgus sgt..bos pon xok sbnrnye..nti klo ade mase ak cite la pasal bos ak ni..apepon da dkat 2 taun la ak bertahan kt ctu..
nyway..skg ak da tunang..nti ak wt entry len pasal tunag eh..hehe..nk share cket pic2 hantaran..haha excited nye..n insyaallah bln 9 ni ak kwen..klo xde aral la kan...

ahhhh xcited nye nk tulis kt blog ni..idea byak..tp nk susun cite tu..adei...xpe2..nti ak ade mase ak tulis lg k...untuk arini..ni jela ak nk tulis...nk layan industan la plak kan...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments