abis exam..

ha.....arni selesai la sudah perjalan ku di semester 6..huhu jnuh toi la nk abiskan paper sem nie..rase nye lme sgt plak...tp td lpas je abis paper pye la sonok gler xingt dunia la...
sem depan ak xde da kat seri iskandr nie...yela nk p praktikal la plak lpas nie..fuhhh takot pon ade gak skng ni...
ermmmm ok la..sok da nk blik ipoh da....xsgka n xdpt bygkan dok umh slame 7 bln....xpnh plak ak dok umh mak ak slame 2....
ap2pon doakn yg terbaik utk sume.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

hepi gler la....

salam....slamat pg sume.....pg ni mood ak hepi.....hehe cz smlm ak kan kuar dating...so pg2 ni mood ceria la...ermmm xdela ape2 yg specel pon...cme ak da lme xrase kuar date ngn en tenet ni...smlm p tgok wyg cte megamind...ok la kot ak rase, tp bg en tenet die memg sronok..kate die best la xwat die ngntok...almklumla..die kan xckup tdo...


pas p tgok wyg die blnje ak mkn laksa kt old town...die plak ngn mee kari die...ermm tp agk kcewa la..laksa smlam xbpe sdap cm dlu...xpela..asalkn perot konyang...hehe..


smlm sblom blik...ktorg ade luahan ati la plak...ermmm sume rase yg sblom ni terpendam da diluahkan smlm...die pon da teragkan kt ak nape pragai die cni...ak rase makin syg kat die...n ak rase ak nk jage hubgan ni elok2...ak xksh la sape die dlu..ape yg die pnh wat dlu...tp yang pasti hye ak la yg ade dlm ati die...sume org pnh wat slah w2 silam kan...ak xksh sgt la...cz ak da npk perubahn pd die lbey ke arah kebaikan..jd..ape salahnye ak tolak ansur ngn die...die pon manusia jgak kan...


kdag2 ak sedey cz die slalu nk comparekan diri die ngn ak...die ckp die xblajr tggi...xpadan ngn ak...ak xksh pon sume 2...die pon keje kan skag ni..bkn dok melepak je...xpela.."awak sye tetap syag kat awk..wlw sapepon awk 2..."
erm..2 je kot yg ak nk kongsi serbe cket..huhu...nk p bekfes jap....daaaa......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

bestnye.....






yeyeyeyee....!!!! hari nie..ak rase hepi sgt2la...yela dpt kuar ngn buah ati pengarang jantg la katekan....da smmgu lbey tau ak tggu arini...adoyai....xsbr rasenye...hepi sgt2la....arni nk p tgok wayang..cte ape 2 xtaula lg....da lme sgt kmi xtgok wyag..almaklumla...xde duet..ni die bru gaji....huhuhu...ok la....nk p siap2 dlu nie...daaaa









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tanda2 dia adalah jodoh kita


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tanda-tanda lelaki ikhlas jatuh cinta & jatuh hati



1.Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela & ikhlas bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.


13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.
18. Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

rindu...

arni ahad....adoi...bosan nye....klo la bley jmpe die kan best...rndu sgt la kat die...hehehe...patot kuar arni...tp...die kje plak...erm xsbar nk tggu esok...nk picnic...tp cm xkesampaian je...yela sok myb jmpe tgahr..xley la ak nk wat brkfast..ermmm xpela..ape2pon a arap esok adela ari yg plg best..sblm ak blik umh tok cuti sem ni....i mz him sooooo muchhhh...!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

perkenalan...

setiap manusia yang lahir di muka bumi ini adalah anugerah dari Allah....dan setiap kelahiran itu pasti membawa seribu satu rahmat pada kedua ibu bapa kita...

       salam perkenalan...

namaku nur atikah bt zainal abidin...dilahirkan pada 6 jun 1988....
lahir di ipoh...tinggal di ipoh jgak...pendek kate idup aku ni sekitar ipoh je...

aku dilahirkan dlm famly yg agak cket....cz adik beradik ak ade 4 org jer...ak ank bongsu....ade mak,abah,2 abg n sorg kakak...




dr tadika smpai la skg ni aku blajr di perak jer...xpnh kluar pon dr cni...ermmm ble pk memg la xbest..cz aku ni suke jnis jalan2 tmpat org...yela...ble p tmpat org ni seronk kan..len dr ngri kte sndrik....bley la tau serbe cket pasal ngri2 org...tp.....mgkin rezki ak setakat dicni jer..xpela.....redha jela..


 skrg ni....

aku ni still study kat uitm perak..course accounting....diploma n degree di tmpat yang same....kat uitm perak....


jadi ini la serba sedikit tntg permulaan hidup aku....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kisah permulaan...

setiap orang ade kisah masing2 yang kadang2 dorang nak kongsi dengan orang lain....cm2 gak ngn aku...mgkin dgan ini kite boley lebey mengenali latar belakang dan kisah di sebalik seseorang yang kita xknal ataupon yang kite da memang knal lame dgan die....so..kat cni...aku nak la jgak kongsi serba sedikit tentg hidup aku kat korang yang sudi singgah di blog aku ni....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments