Milik siapa hati ini....(part 4)


Iman masih memikirkan lagi tentang tawaran Thakif…tiap kali mengingat nya…akan membuatkan hatinya meruntun hiba. Mungkin kerana cinta pertama nya yang dulu telah ditentang keluarga, dan menyebabkan cinta nya tidak kesampaian telah menutup hatinya pada cinta yang baru.
“Putuskan hubungan kau dengan Danial…!!”
“Tapi abah…..”
“takde tapi-tapi lagi…kamu masih muda..panjang lagi perjalanan kamu, belajar entah ke mana..nak bercinta saja lebih..!!kamu tahu..dengan cinta saja tidak cukup andai diri tiada ilmu..kamu ingat dengan cinta boleh buat kamu kenyang..??boleh buatkan kamu sebuah rumah tangga yang bahagia…abah tak setuju dengan idea kamu yang nak berkahwin dengan lelaki itu..!!!kamu sedar tak  apa yang kamu minta sekarang ni sudah melampau…!!!baru saja habis sekolah sudah nak menggatal kahwin…!!masak pun tak pernah abah tengaok..!!keputusan abah muktamad..!!putuskan hubungan dengan Danial..!!”
Kata-kata ayahnya sampai sekarang masih diingatinya. Dia sedar yang dia memang sudah membuta tuli dengan keputusan nya untuk berkahwin sesudah SPM. Ibu bapa mana yang akan setuju andai anak yang di bela nya dari kecil ingin berkahwin selepas sekolah, jika masih ada peluang untuk anaknya belajar hingga ke menara gading. Disebabkan itula, Qistina mengambil keputusan agar tidak melibatkan dirinya dalam soal cinta. Mungkin pada orang lain cinta pertamanya itu adalah cinta monyet, tapi baginya, hanya dia sahaja yang tahu betapa dalam cinta nya pada Danial Naufal.
Selepas mereka memutuskan perhubungan cinta mereka, mereka masih lagi berhubung melalui SMS dan telefon, kadangkala Danial agak cemburu juga dengan Qistina andai dia ber SMS dengan kawan lelaki nya, walaupun kawan nya itu satu sekolah juga dengan mereka. Begitulah hubungan mereka walaupun sudah putus, namun dalam hati masih lagi mekar dengan cinta yang mendalam.
Suatu hari Qistina mendapat tahu satu cerita, bahawa Danial sudah pun menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis yang sangat dikenali nya. Ya..kawan baik nya sendiri..Auni Farhah..!!kawan yang merangkap geng nya sewaktu di sekolah menengah dahulu. Kawan yang selalu menjadi pendengar nya apabila dia menghadapi masalah bersama Danial, kawan yang dahulu nya akan bersama berkongsi cerita cinta antara satu sama lain,dan kawan yang akan selalu bersamanya untuk mengulangkaji pelajaran terutama subjek matematik yang memang menjadi minat mereka berdua. Tapi..mengapa dia merampas Danial dari aku..??kenapa dia sanggup lakukan semua ini pada aku..??apa salah aku padanya..?? oh Tuhan..dugaan apakah ini…??
Hati Qistina memang sayu apabila mengingat semua kenangan-kenangan itu. Semenjak mendapat tahu yang Danial dan Auni sudah menjalinkan hubungan, airmatanya setiap kali akan mengalir laju, sememangnya dia tidak menyangka yang Danial dan Auni akan buat begini padanya, orang yang disaynagi telah menghancur luluhkan hati nya.
Tut..tut…mesej di handphone nya berbunyi, terus mematikan lamunan nya yang jauh entah kemana.
“Iman…aku minta maaf andai permintaan aku kelmarin telah membuatkan kau tak selesa bersama aku.takpela Iman..kau fikirlah dulu..aku akan bagi kau masa untuk menerima kehadiran aku..tapi satu je aku minta…tolonglah beri aku peluang sekali..untuk membahagiakan hari-hari kau..dengan cinta aku yang tulus ini…”
Airmata Iman mengalir lagi setelah membaca mesej tersebut…..

                                                                                                                                   Tamat bahagian 4…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment