milik siapa hati ini......(part 5)
Hampir sebulan Iman tidak berhubung dengan Thakif. Walaupun setiap hari Thakif memberi berpuluh-puluh mesej yang meyakinkannya akan ketulusan hati untuk mencintainya, sedikit sebanyak telah membuka hati Iman pada sinar cinta yang baru bertunas di dalam hatinya. Thakif memang pandai untuk memujuk dan meyakinkannya. Dia sedar yang dia bukan la sesempurna mana pun untuk menolak cinta dari seorang lelaki, apabila difikirkan..Thakif sama sekali tidak bersalah dalam hal ini, malah dia sangat memahami apa yang dirasakan oleh Qistina.
“Thakif..aku terima kau sebagai seseorang dalam hidup aku..seseorang yang boleh membahagiakan aku..seseorang yang dapat meyakinkan aku pada cinta dan kesetiaan… bawalah aku bersama kau untuk meneruskan kehidupan yang indah ini…yakinkanlah pada aku..yang kau akan mencintaiku dan akan bersamaku dalam susah atau senang….” Balas Qistina memalui SMS nya…airmata jernih mengalir lagi, kerna dia sangat bersyukur kerana Allah telah memberikannya cinta kedua, setelah cinta pertamanya hancur musnah. Meskipun hatinya kurang yakin dengan cinta yang baru hendak bertunas ini, ditepisnya jauh-jauh, agar dia dapat member cinta yang agung pada bakal kekasihnya kini..Thakif Akhtar.
Tarikh 28 September 2007, adalah tarikh keramat bagi mereka berdua, pada tarikh inila mereka telah memeterai janji dan ikrar untuk saling menyangi antara satu sama lain, bertolak ansur dan akan setia untuk selamanya. Thakif merasakan yang dialah lelaki yang paling bahagia pada hari itu, kerna cintanya telah diterima oleh Iman Qistina, gadis yang pertama telah membuka hatinya pada sebuah cinta. Sudah hampir tiga tahun sejak dari sekolah lagi dia memendam perasaan pada Iman Qistina, tapi tidak berani diluahkan, apatah lagi mendapat tahu yang Qistina sudah bersama dengan Danial Naufal sejak dari tingkatan empat lagi. Baginya, dia hanya akan berdoa yang terbaik buat gadis yang amat disayangi nya. Dia memang tidak menyangka yang Qistina akan menjadi milik nya sekarang. Walau apapun, dia amat bersyukur kerana Allah telah mengabulkan doanya selama ini.
“akif..kau tahu..hujung bulan 12 ni aku ngan budak2 batch kite nak wat reunion tau,ktorang cadang nak wat kat kuala kangsar..hehehehe yelah..nak mengimbau memori lame la katekan..dekat ngan sekolah kite..ko rase nak join x..??”
“ehhh…mestilah aku nak join…tambah2 kau yang arrage….hehehe..ley la aku jmpe kau kan…”
“yup..hehehe…ari jumaat ni aku turun KL…nak jmpe mbe2 aku…ktorang nak plan balik reunion ni…and ktorang nak beli ape yang patut la nanti…”
“yeker…??okeyla..kalau aku xkeje aritu aku turunla KL k..cz skarang ni pun tgah bulan…duet gaji aku pun xdapt lagi…kau pun tau kan..aku ni bukannya keje besar mane pon…keje car wash je..” ada nada sedih bila Thakif mengaku yang dirinya tidaklah sehebat mana pun jika nak dibandingkan dengan Danial yang sama tarafnya dengan Qistina. Mereka berdua sedang di menara gading, untuk mencapai apa yang semua ibu bapa impikan, walhal dia hanyalah seorang anak sulung yang hanya mampu bekerja ala kadar sahaja, yang mana dapat membantu ibu nya sedikit sebanyak untuk menambah wang saku untuk keluarganya. Thakif terpaksa untuk bekorban apa sahaja demi adik-adiknya terus belajar. Jika nak harapkan duit pencen ibunya sebagai askar, memang tidak cukup untuk menyara dia dan adik-adiknya yang lain. Duit pencen ibunya hanya dihabiskan untuk membayar installment rumah dan kereta, selebihnya, ibunya mengambil upah untuk menjaga anak jiran dan menjahit langsir. Thakif memang sangat menyangi ibunya lebih dari dirinya sendiri. Ayahnya sudah dua tahun tidak mempedulikan ibunya serta lima lagi adik-adiknya. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun ada sedikit kesal kerana tidak dapat meneruskan pelajaran, namun dia redha dan akan terus berusaha untuk membantu apa yang terdaya. Dan harapannya pada adik-adik agar terus belajar dan menimba ilmu demi masa depan yang cerah. Biarlah dia yang bekorban, kalau inilah yang dapat memberi semangat pada adik-adiknya untuk terus belajar dan membalas jasa ibu dan dirinya.
Tamat bahagian 5..
0 comments:
Post a Comment