milik siapa hati ini......(part 6)


“akif….isnin ni aku da start final exam la….takutnye aku…!!!”
“im…alaaaa aku tau ko boley wat pyela la….aku yakin ngn kau…ok sayang….??” Merah padam muka Qistina bila Thakif memberi semangat padanya….baginya sekarang…semangat nya hanyalah mak,abah dan juga dari Thakif sendiri. Dia tidak peduli siapa Thakif..walaupun dia tidakla kaya dengan member Qistina hadiah yang mahal-mahal, tetapi dengan hadiah yang kecil itulah yang lebih bermakna andai diberi oleh seseorang yang memang telus menyintainya sepenuh hati. Dia masih ingat ada sebuah baling kaca yang berbentuk love dan di dalamnya terdapat berpuluh-puluh kertas yang digulung seakan-akan surat cinta, Thakif menyuruhnya untuk menulis impian Qistina pada setiap kertas yang ada di dalam balang itu, dan moga-moga apa yang diimpikan Qistina akan tercapai.
“ok la akif…aku nak ke bilik rish jap…nak ulangkaji pelajaran dengan kawan-kawan aku yang lain..sebelum tu aku minta maaf sangat kalau aku jarang contact kau sepanjang mggu exam ni ya…?aku sayangkan kau..” berbunga-bunga hati nya kini setiap kali Qistina melafazkan kata-kata keramat itu. Meskipun jauh disudut hatinya dia takut tidak dapat member kesempurnaan hidup pada Qistina andai mereka kahwin kelak, dengan pekerjaan nya yang sekarang tidak tetap dan asyik bertukar-tukar kerja sahaja. Dia takut andai dirinya akan kehilangan Qistina. Dia takut andai dirinya ditolak mentah-mentah oleh keluarga Qistina, yelah dengan kehidupannya yang sekarang ini hanya cukup untuk dirinya dan sedikit untuk keluarganya, ahhh…sume ini memang merunsingkan kepalanya.
Ketika dibilik Farisha, Qistina sempat lagi bercerita tentang Thakif kepada teman-temannya. Farisha sangat gembira bila melihat Qistina bahagia sekarang ini. Terus dia teringat kan kekasihnya, Imran Haikal. Tahun ini sudah masuk tahun kelima mereka berkasih, sejak ditingkatan tiga lagi mereka telah menjalinkan hubungan cinta. Satu sekolah sudah tahu tentang perhubungan mereka. Farisha mempunyai paras rupa yang cantik dan memang memiliki perwatakan yang sangat disenangi oleh semua orang. Boleh dikatakan ramai yang ingin berkawan dengannya, semua guru-guru di sekolahnya kenal dengannya. Farisha memg bijak orangnya, apabila menjelaskan sesuatu perkara, pasti dia mahu orang tersebut faham dengan apa yang diperkatakannya. Ramai juga junior disekolah ingin mengambilnya menjadi kakak angkat, tapi sering ditolak lembut, alasannya, adik dirumahnya pun sudah ramai, inikan pula nak menambah lagi adik. Namun demikian, Farisha memang tidak pernah meninggi diri, apatah lagi sombong dengan orang. Manakala kekasihnya, Imran Haikal adalah wakil nasyid dan juga wakil tilawah quran disekolah mereka. Pendek kata mereka ni memang sangat sesuai apabila di gandingkan bersama.
Minggu-minggu terakhir peperiksaan akhir pun sudah di penghujung. Orang yang paling lega sekarang ini adalah Qistina, selagi tak habis paper-paper subjek nya, selagi itulah dia tak senang duduk. Hanya pada Thakif la tempat dia melepaskan tekanan dan kerisauannya, kadangkala Thakif menjadi mangsa amukan nya. Thakif memang penyabar orangnya, tidak pernah dia memarahi Qistina, malah dia tetap terus memujuk Qistina, walaupun bukan salah dirinya. Begitulah sikap Thakif yang memang penyayang. Kadangkala Thakif ada juga mengadu pada ibunya, tetapi ibunya berkata mungkin perangai anak bongsu memang begitu. Sabarla Akif…itu sahaja yang ibunya boleh member nasihat.
Bulan ini sudah masuk bulan December. Qistina makin sibuk dengan program ‘reunion’ nya..Thakif kadangkala diabaikan kerana kesibukannya. Thakif faham, kerja begitu memang sangat memerlukan komitmen yang penuh untuk menjadikan semuanya berjalan dengan sempurna.
“akif…nanti kau dari Melaka terus ke Ipoh sajalah ya, nanti di stesen bas aku akan ambil kau dan kita bertolak ke Kuala Kangsar bersama-sama okey…???” cadang Qistina pada Thakif.
Thakif makin teruja apabila Qistina buah hatinya memberi cadangan begitu. Memang sudah lama dia ingin bersama Qistina berdua-duaan. Sudah hampir lima bulan dia tidak bertemu dengan Qistina sejak kali pertama dia berjumpa Qistina pada bulan Julai yang lalu. Hatinya makin berbunga-bunga riang. Tidak sabar rasanya untuk bertemu kekasih hati. Macam-macam rancangan yang bermain di kepalanya. Untuk bersama Qistina buah hati pengarang jantung nya membuatkan hidupnya yang duka kembali ceria.
Selepas pulang dari kerja, Thakif terus ke Melaka Central untuk membeli tiket ke Ipoh pada hari jumaat pukul 10.00 malam. Tersenyum-senyum dia membeli tiket itu, dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia pada saat ini. Hanya dua hari sahaja lagi dia akan berjumpa Qistina.
Sedang dalam perjalanan ke Ipoh Thakif memberi mesej pada Qistina bahawa dia berada dalam bas dan baru bertolak dari Melaka, perjalanan yang memakan masa enam jam itu sangant memenatkan Thakif, lalu dia tertidur. Hampir jam empat pagi dia bangun kerana dikejutkan oleh pemandu bas, pemandu memberitahu yang mereka sudah sampai di Ipoh. Dalam mamai-mamai Thakif dia turun dengan rasa malas sekali, dan terus menyambung tidur di bangku yang terdapat di stesen bas tersebut, mujurlah orang tidak ramai ketika ini, kerana masih awal pagi lagi.tepat jam 6.30 pagi, Thakif bangun dan mandi di tandas, lalu terus mengerjakan solat subuh nya. Setelah sarapan pagi dalam pukul 7.30 die menelefon buah hatinya untuk memberitahu yang dia sudah sampai. Namun panggilan nya tidak berjawab. Dalam hatinya berbisik mungkin Iman tak bangun lagi kot. Dia tunggu hingga pukul 9.00 pagi. Masih juga tidak berjawab. Dalam pukul 11 pagi dia cuba lagi, Alhamdulillah Iman jawab telefon, tetapi…..
“Akif…kat mane ni???”
“tunggu iman amik la…iman kat mane nie???”
“Akif..sori…Iman da sampai Kuala ni….lupela nak amik Akif,Akif naik bas jela ke Kuala,Iman banyak keje ni….nanti Iman suruh Amar amik Akif kat bus stand kuala ok…??” Iman terus mematikan talian nya. Hancur musnah impian nya untuk berjumpa Qistina….
                                                                                                                                 
                                                                                                                       Tamat bahagian 6…  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment