milik siapa hati ini...part 10
“Kau jaga diri ye selama 6 bulan pemergian aku ke kem
latihan nanti”… mereka sempat berjumpa untuk terakhir kali sebelum Thakif ke
kem untuk menjalani latihan sebagai seorang askar. Enam bulan yang terpaksa
dilalui oleh Qistina seumpama enam tahun pemergian Thakif. Tanpa SMS,
telefon,surat..dan apa2 talian komunikasi yang tidak memungkinkan mereka untuk
berbicara melepaskan kerinduan.
Selama enam bulan inilah, telah mengajar perasaan Qistina
untuk rindu,cinta kan Thakif. Setiap hari yang berlalu pasti ada satu memo
kecil yang akan ditulisnya untuk Thakif apabila tamat latihan nanti. Sebuah
diari yang menceritakan saat2 penantian nya untuk Thakif, dan bermacam2 lagi
perkara yang di lakukan untuk diberi pada Thakif, untuk membuktikan cinta nya
pada Thakif telah bertunas selama ini tanpa disedari. Memang betul kata orang,
bila didepan mata x dhihargai, bila tiada baru tercari-cari. Inilah yang
diibaratkan pada Qistina, dia sedar selama ini dialah yang terlalu ego, tidak
langsung mahu mengalah dengan Thakif, semua yang dia buat adalah betul.
Bersifat keanak-anakan.
Tiap kali rindu Qistina akan membaca surat2 yang diberikan
oleh Thakif sebelum pemergian nya. Tiap kali dia baca, akan gugurlah airmata
yang menjadi pendamai nya ketika ini. Baginya, Thakif adalah segala-galanya
waktu ini, dan dia berjanji akan member sepenuh perhatian pada Thakif selepas
Thakif pulang dari latihan.
Selepas enam bulan penantian nya berakhirnya, dia tidak
sabar berjumpa Thakif. Thakif makin kurus, mungkin terlalu tertekan dengan latihan,
dan bila Thakif bertemu Qistina, keadaan nya x seperti dulu, Qistina makin
berisi..Thakif sangat terkejut dengan penampilan Qistina yang seratus peratus
berubah. Tak seperti dulu, langsing dan menawan di matanya, tapi tidak kali
ini. Ahhh perasaan aku je ni…hatinya berkata dan dia menolak jauh pandangan
bruuk itu, lalu dia mendapatkan semula kekasih hati nya yang selepas enam bulan
ditinggalkan. Qistina mendapatkan Thakif dan mencium tangan Thakif sambil
ditemani air jernih di mata,tanda terharu bercampur gembira, ya dia sangat
merindui kekasihnya yang satu ini, ingin sahaja dia menangis melihat keadaan
Thakif yang makin susut dan cengkung. Ya Allah…beratnya dugaanMu padanya, kau
murahkan rezki nya dan berkatilah usahanya demi keluarga yang disayayangi….
“Akif…kau rindu aku tak selama kau di kem..?”
“mestilah aku rindukan kau….kenapa kau Tanya lagi soalan
yang kau dah tahu…?”
“alaaaa……aku sengaja nak dengar dari mulut kau tu…”
“ehh…kenapa kau makin sihat..??selalunya kalau rindu mesti
tak lalu makan..aku tengok kau makin sihat je…kau ada lelaki lain yer..??”
“isshhh kau ni….kesitu pulak….aku setia dengan kau….ermmm
aku tahu aku da gemok sekarang ni…aku tak tau kenapa,naik dengan mendadak
sangat…aku minta maaf..”
“dah la Im,lupakan saja…aku harap benda ni takkan lama dan
berpanjangan…aku tak mahu bakal isteri aku ni gemuk…nanti aku fikirkan caranya”
“ermmm….”
Tersentap hati Qistina apabila Thakif berkata sedemikian,
mengapa sekarang isu ini harus diperbesarkan, adakah orang yang berbadan besar
tak boleh bercinta? Tak boleh nak bahagia? Ya Allah…salahkah aku kalau aku
gemuk…???
Tamat
bahagian 10
0 comments:
Post a Comment