milik siapa hati ini..part 11
Sejak pertemuan mereka yang lepas, mereka sering keali
bertengkar atas perkara-perkara yang remeh. Kadang kala penat dibuat Thakif
dengan perngai keanak-anakan Qistina, yang setiap kali merajuk akan ditutup
handphone nya agar dia tidak boleh dihubungi langsung. Kadang kala Thakif
merasakan apa lah kesalahan yang telah dilakukan olehnya sampai begini sekali
Qistina lakukan terhadap dirinya. Namun Thakif tetap matang untuk menilai dan
terus bersabar dengan perangai kekasihnya yang makin hari makin menjadi-jadi
perangai nya.
Pada Thakif, Qistina sering mencari salahnya sewaktu dia
sedang bekerja, seolah-olah Qistina langsung tidak memahami tugasnya sebagai
seorang anggota tentera yang bekerja tidak tentu masa, tiap kali bergaduh soal
inilah yang sering Qistina ungkitkan, tiada masa untuknya. Ahhh kadang kala
Thakif terlalu penat untuk melayan karenah Qistina. Akhirnya dia hanya akan
berdiam diri dan buat-buat tidak dengar sahaja apabila dimarahi Qistina.
Kadangkala hatinya juga perlukan perhatian Qistina, agar dia cuba menerima
pekerjaannya yang satu ini. Thakif sedar pekerjaan sebagai seorang tentera ini
memang ditentang keras oleh Qistina dan juga keluarga Qistina. Inipun setelah
Qistina bercerita kepada ibunya tentang pekerjaan Thakif. Baginya, dia akan cuba
apa yang termampu untuk menarik perhatian keluarga Qistina suatu hari nanti.
Hari ini genap tiga tahun mereka berkenalan, dan hari-hari
berlalu adakalanya indah, dan adakalanya bagaikan mendung yang berlalu dan akan
kembali cerah. Dalam sifat keanakan Qistina, jauh disudut hatinya perasaan
sayang nya pada Thakif makin membuak-buak, setiap hari kata-kata dan madah
cinta akan diberikan kepada Thakif sebagai bekalan sehari-hari. Qistina mula
bertolak ansur dengan pekerjaan Thakif, dia mula menerima seadanya pekerjaan
Thakif itu, dia mula untuk menghargai Thakif seadanya, biarlah dia mengalah
dalam hal ini, mungkin dah terlalu lama Thakif memendam perasaan, dia mula
untuk belajar mencintai,menghargai dan bertolak ansur pada Thakif. Baginya
sekarang dunia nya hanyalah Thakif, Thakifla matahari yang menyinar setiap pagi
dalam diriny, Thakif la bulan baginya kala gelap gelita, Thakif lah semangat,
segalanya berpaksi kan Thakif. Tapi kadangkala Thakif tidak menyedarinya,
mungkin kerana sifatnya yang kasar dan selalu bersuara lantang apabila
berkata-kata dengan Thakif. Dia sanagt mencintai Thakif, namun jarak sering
menjadi halangan mereka.
Tamat
bahagian 11…
0 comments:
Post a Comment