milik siapa hati ini......(part 1)


Tut..tut…..tiba-tiba handphone Qistina berbunyi….dia mendapat pesanan ringkas dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal. Nombor yang tidak pula disimpan nya.
“hai….watpe tu…?ingt lg x mbe lame..?”
Qistina jadi pelik. Yela tiba-tiba je tanye soalan macam tu.mana lah dia tahu dari siapa. Dalam hatinya geram juga…ish..orang gila barangkali….atau peminat nya..ahhh tak mungkin la dia ada peminat..dia tu tidak la sehebat mana pun tak mungkin ada yang minat dengannya. Dia tidak la secantik siti nurhaliza..wow jauh sekali katy perry…ishh…lalu dia membiarkan sahaja handphone nya di bilik, lalu dia ke bilik air mengambil wudu’ untuk sembahyang isya’.
Selepas sembahyang isya’ dia pun bergegas ke bilik sahabat nya yang tidak jauh dari bilik nya..mereka sudah berjanji ingin ke dewan makan bersama malam ini.
“ahh..aku dah lambat ni..mesti rish marah ngan aku..adoi..!! matila aku kali ni..!!” dengan larian yang pantas itu, Qistina hampir2 terlanggar pelajar perempuan lain yang sedang mundar mandir di balkoni.
“Rish….ooo rish…!!! Sorila aku lambat lagi…tadi ade orang gile antar mesej dekat aku..!!ahh ganggu betoi la…hehehe…sori eh..???ko xmarah aku kan…??” Farisha tersenyum dengan keletah Qistina, ini bukan kali pertama dia lambat, sudah beribu kali dia berperanagi begini. Farisha pon sudah tidak hairan lagi dengan perangai sahabatnya itu. Tiap kali lambat ada sahaja alasan yang di beri oleh nya untuk menutup kesilapan sendiri. Farisha sudah faham benar dengan perangai nya.
“Sudah la qis..aku maafkan kali ini..kalo ko lambat lagi pasni..aku malas tggu ko…ko p la makan ngn Ipah kawan baik ko tu..!!” Farisha menjegilkan mata sambil bibirnya muncung ke arah Ipah yang sedang asyik mendengar lagu. Barangkali dia tidak perasan dengan perbualan mereka sebentar tadi. Ipah atau Sharifah Aqilah, memang sangat dikenali di blok Melati, kerana dia salah seorang wakil pelajar di university (MPP) yang agak sombong dan kadang kala perangai nya itu mengalah kan dia seorang Y.D.P MPP pula. Ahh tak kisahla asalkan dia tidak mengganggu mereka.
Farisha Damia dan Iman Qistina sangat rapat, mereka berkenalan pada hari pertama mereka mendaftar diri di salah sebuah university tempatan di utara Malaysia dalam jurusan yang sama. Ke mana sahaja mereka pergi mesti berdua atau bersama rakan yang lain. Mereka sudah macam belangkas. Mengalahkan kapel-kapel yang ada di kampus pula lagak nya. Kadang-kadang ada juga orang yang mengata fasal diorang ni, tapi ahh mereka memang sama sekali tidak ingin mengambil tahu fasal itu. Apa yang penting adalah pelajaran. Itu sahaja..yang lain..emm..memang tidak penting dan tidak perlu mereka ambil tahu langsung.
Mereka berdua berasal dari negeri yang berbeza, Farisha dari keluarga yang agak beradadan berasal dari Kuala Lumpur, manakala Qistina dari keluarga yang agak sederhana serta berasal dari Perak. Latar belakang keluarga senang atau susah itu tidak la penting mana pun, asalkan berkawan dengan ikhlas sudah pasti akan menutup rasa kekurangan antara satu sama lain. Mereka tidak pernah menyimpan rahsia antara satu sama lain. Mereka juga agak berbeza pendapat, kadangkala disebabkan inilah mereka bercakaran sesama sendiri. Tetapi bagi mereka inilah yang membuatkan perhubungan antara sahabat ataupun kekasih itu menjadi sempurna.
                                                                                                                                                                Tamat bahagian satu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 comments:

Anonymous said...

sejak bile la kwn aku ni jd penulis cerpen????

(: atika_zainal :) said...

hehehe...alooo da lame da...kamu je xtau kan....???

Post a Comment