mimpi.......??????

ASSALAMUALAIKUM......gud monink pade semua....... :)

pagi2 khamis ni...aku rase nak berkongsi la cket tentang ramalan2 mimpi kita ni.....almaklumla...pagi2 ni mak ak ade cte kat ak pasal mimpi nye malam td.....so ak pon try la search kan.....tapi jenuh jgak la ak nk jmpe mimpi mak aku 2.....cm rumit jer....hehehe...k la..ak nak share ngn korang pasal tafsiran mimpi2 menurut islam......enjoy it.... ;)

  1. * Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

  2. * Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

  3. * Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

  4. * Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

  5. * Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

  6. * Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

  7. * Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

  8. * Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

  9. * Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

  10. * Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

  11. * Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

  12. * Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

  13. * Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

  14. * Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

  15. * Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

  16. * Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

  17. * Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

  18. * Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

  19. * Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

  20. * Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

  21. * Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

  22. * Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

  23. * Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
  24. * Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

  25. * Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

  26. * Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

  27. * Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

  28. * Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

  29. * Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

  30. * Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

  31. * Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

  32. * Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

  33. * Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

  34. * Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

  35. * Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

  36. * Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

  37. * Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

  38. * Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

  39. * Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

  40. * Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

  41. * Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

  42. * Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

  43. * Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

  44. * Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

  45. * Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

  46. * Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

  47. * Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

  48. * Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

  49. * Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

  50. * Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

  51. * Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

  52. * Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

  53. * Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

  54. * Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

  55. * Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment