milik siapa hati ini......(part 2)
Setelah makan malam mereka pulang dan singgah sebentar di blok Cempaka, bilik sahabat mereka juga dan merangkap geng mereka. Tetapi mereka ni tidak la dikatakan berpuak-puak, masih berkawan dengan semua orang, Cuma mereka ni agak rapat la antara satu sama lain, terutama jika ada aktiviti yang melibatkan sukan ker, beshopping ker, study ker, kadang-kadang tu kalau ade aktiviti kolej seperti sukan atau makan malam diorang ni lah dulu yang akan mendaftar diri. Tapi kalau aktiviti kolej atau persatuan yang melibatkan ceramah atau apa-apa yang berkaitan kelas, memang muka diorang ni tidak akan kelihatan, paling baik pun datang untuk lima belas minit terakhir sahaja, itu pun sudah kira baik pada mereka.
Hampir jam 11 malam mereka berdua pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan bersedia untuk tidur, kerana esok kelas pada pukul 8 pagi, kelas yang bagi semua pelajar memang tidak suka pergi.
Baru sahaja Qistina ingin melelapkan mata dan memang da bersedia untuk tidur, tiba-tiba handphone nya berbunyi. Memang mengundang marah nya, sudah la lewat malam, baru nak tidur ada pula yang mengganggu nya..
“helo..!!!”
“helo..hai….Iman ke ni..?? err….” Teragak-agak suara itu berkata.
“ha la…..!! kau nak ape ha malam-malam buta ni call aku..kau tau tak esok aku ade kelas pagi..!!!” bentak Qistina pada pemanggil yang tidak dikenalinya itu.
“owhh…yeke…sori la Iman…emm boleh tak esok aku call kau balik…??please….” rayu nya..
“yela-yela….!!!esok je la kau call aku…sebok jer..!!!” terus talian diputuskan Qistina. Dia memang cukup marah apabila ada orang yang mengganggu nya waktu tidur. Baginya, tidur adalah satu nikmat dunia yang sukar di terangkan. Bila dapat tidur tu memang la dia takkan ambil tahu hal dunia lagi. Bermimpikan yang indah-indah adalah impian nya sebelum tidur.
Kringggggg…..!!!!! loceng jam berbunyi, Qistina memang akan mengunci jam nya pada pukul 6.30 pagi setiap hari. Dengan rasa malas dia bangun dan terus ke bilik air untuk mandi. Sesudah itu die terus bersolat subuh. Dengan rutin yang sama pada setiap hari dia akan menggosok baju untuk pergi ke kelas pada pagi itu. Dengan persiapan yang ala kadar sahaja dia pun terus ke bilik Farisha dan mereka akan terus ke dewan makan untuk sarapan pagi. Oleh kerana kelas yang agak jauh dan mereka perlu berjalan kaki, mereka pergi ke kelas dalam pukul 7.40 pagi.
Sewaktu di dewan makan, Qistina menceritakan kepada Farisha tentang panggilan telefon yang mengganggu nya semalam.
“wah…ade orang admire kat kau skarg nie eh…??” usik Farisha
“mane adela….!! Ni yang aku malas nak cerita kat kau nie..mesti ade je kau nak peril aku tau….!!”
“ok..ok…xdela..aku saje je la…kau ni cepat sangat merajuk la..nanti xlekat plak laki ngan kau nanti…”
“ahhhh…kau ni ade plak ckap macam tu pada aku…tahula..aku ni xsecantik kau….xsepandai kau….”
“tengok tu......ni yang aku malas ni….jomla kita p kelas..nanti lambat plak….hehehe…”
Dengan langkah yang perlahan mereka terus berjalan ke kelas dengan macam-macam cerita, seolah-olah sudah lama tidak berjumpa pula.
Tamat bahagian dua…
0 comments:
Post a Comment