milik siapa hati ini......(part 8)


“Danial….???” Terus Qistina mengalih pandangan nya…malu di hati hanya Tuhan yang tahu…Danial menghulurkan sapu tangan padanya.
“iman..aku nak mintak maaf dengan apa yang aku dah buat pada kau.aku tau aku bersalah pada kau.aku tau, aku tak sepatutnya melukakan hati kau selama ni.aku tau aku takde hak untuk buat kau sedih.tapi sume ni dating dengan tiba2.dia hadir waktu aku perlukan kau.dia ada untuk bagi aku ketenangan.dia sangat memahami aku.dan dia sangat sempurna pada aku.maafkanlah dia.dia x bersalah.aku yang bersalah dlam hal ini.lupakanla aku iman.kerana mustahil aku akan tinggalkan dia.lupakanlah aku Iman.berbahagialah kau dengan Thakif, kerna dia adalah yang terbaik untuk kau” panjang lebar Danial menerangkan hal sebenar.tapi itu sume xmampu untuk meredakan gundah di hati Qistina, malah ia nya makin mencengkam sanubari Qistina. Apalah daya dia seorang perempuan yang lemah.dia tidak akan memujuk rayu lelaki semata-mata untuk kembali padanya. Dia sedar dirinya tidak standing Auni, tapi apalah dosanya pada Danial hingga sanggup berperangai sedemikian. Airmata jatuh lagi selepas Danial menghilangkan diri. Baginya mahu sahaja dia lari dari tempat itu. Tak mahu dia bertentang mata dengan manusia2 yang menyakitkan hatinya.
Thakif mencari2 kelibat Qistina, kerana sepanjang majlis tadi kekasihnya tidak kelihatan lagsung. Handphone nya juga tidak berjawab. Sampaila dia bertembung dengan Danial, dan Danial memberitahu Qistina di mana.
Nun di kejauhan Thakif melihat Qistina duduk di tepi batu berhampiran sungai. Perlahan-lahan dia menghampiri kekasihnya. Memegang erat tangannya, tanpa disedari Qistina terus melentokkan kepala nya di bahu Thakif. Dia menagis lagi, dan meminta maaf atas apa yang telah berlaku. Dia menceritakan semuanya pada Thakif. Thakif cube untuk memahaminya, meskipun jauh di sudut hati nya, perasaan cmeburu membuak2. Dia sering berfikir, adakah Qistina tidak pernah mempedulikan perasaan nya selama ini? Usahanya selama ini untuk merebut cinta dan perhatian Qistina?kadang2 dia rasa Qistina tidak pernah menghargai cinta nya, dan kadang2 dia rasa hampir penat dan mahu tersungkur, tapi digagahinya juga agar satu hari nanti pintu hati Qistina akan terbuka luas untuknya. 
Begitulah sifat Thakif yang sangat penyayang dan mengambil berat tentang orang lain, meskipun hatinya sendiri sakit. Bagaimana dia dengan Qistina begitu jugalah dia dengan keluarganya. Sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagian orang yang disayanginya.
                                                                                                                                Tamat bahagian 8…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment